DoaDipermudahkan Bersalin Rumi / Doa Mudah Menjawab Peperiksaan - Informasi Santai Post a Comment Memang sifat manusia itu lemah. Ya allah, aku memohon kepadamu yang menyebut akan kebaikan, mewujudkannya, dan memerintahkan kepadanya, agar kau mengingatkan apa yang telah syaitan lupakan. Rahmat allah ke atas baginda nabi muhammad. 03.12.2020
Iniadalah doa mudah bersalin dalam teks arab dan juga bantuan rumi. Semoga kaum wanita yang sedang mengandung dipermudahkan untuk bersalin. Berikut ini beberapa ucapan untuk . Siapa tidak kenal akan usahawan terkenal dato' Ini adalah doa mudah bersalin dalam teks arab dan juga bantuan rumi.
Kitabolehlah amalkan beberapa doa yang diajarkan kepada kita semasa sakit supaya allah bantu kita berikan kesembuhan. Doa agar dipermudahkan urusan dan doa yang boleh diamalkan untuk memudahkan urusan kita seharian di atas muka bumi ini. Doa Mudah Bersalin Pengedar Shaklee Kota Damansara PJ Tips mudah bersalin secara normal berikut dikongsikan juga beberapa
cash. Apakah doa untuk kaum Hawa mudah bersalin? Artikel ini akan membincangkan doa untuk mudah bersalin dengan bantuan teks arab dan rumi bagi memudahkan pembaca. Duhai wanita yang bergelar ibu, sungguh pengorbanan yang kalian lakukan untuk melahirkan seorang umat manusia ke dunia ini sangat besar. Ketahuilah anda andalah insan-insan yang terpilih untuk merasai pengalaman seperti ini. Sungguh pun kaum Adam di kenali dengan kegagahannya dari segi fizikal lalu kaum Hawa di kenali pula dengan kelembutan peribadinya. Namun pernahkah anda terfikir, mengapa Allah SWT memberikan peluang dan rezeki untuk kaum Hawa yang melalui proses mengandung, melahirkan, menyusu, dan membesarkan anak-anak. Jawabnya kerana kaum Hawa anda sangat istimewa. Allah Maha Mengetahui yang anda mampu memikul tannggungjawab tersebut. Doa yang dibaca oleh Nabi Yunus saat dia berada di dalam perut ikan yu ini menjadi pengubat kepada kesakitan dan kegelisahan hatinya. Doa ini juga sangat sesuai di amalkan dalam kehidupan seharian termasuk untuk melancarkan wanita bersalin. Doa mudah bersalin dalam teks Arab Maksudnya “Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Surah Al-Anbiya’ Ayat 87. Doa-doa mudah bersalin yang lain 1. Ayat 38, Surah Ali Imran Maksudnya Ya Tuhanku, berikanlah keturunan baik dari sisi Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. 2. Ayat 11, Surah Fatiir Maksudnya Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan laki-laki dan perempuan. Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan sudah ditetapkan dalam Kitab Lauh Mahfuzh. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. 3. Ayat 26, Surah Maryam 4. Ayat 8, Surah ar-Ra’d 5. Ayat 78, Surah an-Nahl 6. Ayat 87, Surah Anbiya 7. Ayat 1-2, Surah Al-Zalzalah Rahsia di sebalik Doa Nabi Yunus Doa Nabi Yunus mudah untuk di sebut dan mudah untuk di hafal. Tetapi apakah rahsia yang tersembunyi di dalam doa ini? Bagaimana mungkin satu doa seperti ini dapat menyelamatkan seseorang daripada musibah yang amat besar, sebesar ditelan oleh ikan yu? Rahsia 1 Kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah. Sebesar-besar pertolongan manusia lain kepada anda, akan sampai pada satu tahap tiada kuasa yang boleh membantu anda lagi kecuali kuasa dari Allah SWT. Penghambaan, pengharapan dan sandaran hanya di letakkan pada Yang Maha Esa. Contohnya di dalam bilik bersalin nanti, ibu-ibu walaupun ditemani oleh jururawat, para doktor dan mungkin juga ada suaminya di situ tetapi yang menjadi penguat kepada rohani dan fizikalnya adalah dengan kekuatan Allah SWT. Tuhan yang memegang nyawa-nyawa manusia dan yang memberikan rezeki kepada semua makhluk-Nya pada jalan-jalan yang tidak terduga. Rahsia 2 Mensucikan Allah SWT dari sebarang bentuk kezaliman Maksudnya di sini adalah apabila datang ujian dari Allah SWT kepada hamba-hamba Nya, hambanya itu tidak sesekali akan menyalahkan takdir yang telah ditetapkan dengan memarahi atau mengeji keagungan Yang Maha Esa. Redha, ikhlas dan terus sabar dalam menghadapinya. Manusia kadang-kala terlepas berbicara apabila terlalu berat dirasakan ujian yang terletak pada bahunya, dia merasakan Allah tidak adil padanya atau tidak sayang padanya. Ibu-ibu di luar sana, anda masuk di dalam bilik bersalin sebenarnya anda sedang mempertaruhkan nyawa anda 100% kepada Allah SWT. Bayi yang dalam kandungan juga sama nyawanya tetap dipegang oleh Allah SWT. Apa-apa yang berlaku kepada anda kelak, tetaplah percaya yang Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuannya sendiri. Rahsia 3 Menunjukkan manusia adalah makluk yang lemah dan tidak lekang dalam melakukan dosa Nabi Yunus semasa berdoa, dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya dia mengakui kesalahan dirinya sendiri dengan berkata, “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Kerendahan jiwa inilah yang perlu ada dalam diri setiap insan. Manusia makhluk yang lemah dan banyak berbuat dosa di muka bumi ini. Lalu dengan apa lagi yang boleh menyombongkan anda dari meminta ampunan Allah SWT? Muhasabah kesakitan bersalin “Wanita menjadi tulang belakang seorang lelaki.” Sejauh mana anda setuju dan faham kenyataan ini? Cuba anda bayangkan, di mana Islam boleh menghimpunkan tenaga pahlawan yang boleh berjuang di jalan Islam jika dia tiada generasi-generasi muda yang baru. Manusia akan melalui fasa bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua dan kemudian meninggal dunia. Ada juga yang meninggal sebelum melalui fasa warga emas atau sebagainya. Jadi di sini menunjukkan bahawa umur manusia sangatlah pendek untuk terus kekal hidup di dunia. Islam memerlukan penerus kepada pembela agama. Insan mana yang boleh menjadi tulang belakang ini? Sudah tentu adalah seorang ibu. Kaum Hawa anda terlalu istimewa. Kelebihan bersalin dari segi Islam 1. Meningkatkan martabat wanita Islam mengangkat darjat dan kemuliaan kedudukan wanita sebagai seorang ibu yang telah mengandungkan anaknya, di dalam Al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud “Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”. Surah Al-Ahqaf ayat 15 2. Meninggal sebagai mati syahid Wanita yang bersalin memperjuangkan hidup dan matinya di tangan Allah. Boleh jadi dia selamat dan boleh menatap wajah suami dan anaknya kembali. Atau boleh jadi juga dia terlebih dahulu meninggal dunia. Syuhada’ orang-orang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” HR. Malik 16/558, Abu Dawud 20/3105, An-Nasai 21/1847, juga Ibnu Majah 24/2909 3. Pahala yang terus mengalir Kepayahan, kesusahan, dan kesukaran yang dilalui oleh seorang ibu ketika mengandung selama 9 bulan 10 hari telah membataskan segala aktiviti hariannya. Resahnya saat tidur, mual dan peningnya saat di awal kehamilan, kaki yang semakin lemah untuk berjalan dan perubahan yang sangat ketara dalam aktiviti fizikal menjadikan pengorbanan seorang ibu itu tiada perbandingan yang boleh disama ratakan lagi. Segala bentuk kepayahan ini akan menjadi lading-ladang pahala kepada ibu apabila dia ikhlas menjalankannya. 4. Melahirkan generasi Islam yang makmur Apabila berkahwinnya seseorang maka lahirlah umat manusia di muka bumi ini. Anak yang keluar dari rahim seorang wanita yang beragama Islam akan meramaikan lagi umat Islam dalam memakmurkan dunia. Cara menguruskan emosi ketika menghadapi saat bersalin Memperbanyakkan meminta perlindungan daripada Allah SWT Berlapang hati dan memaafkan semua orang Sentiasa menyebut nama-Nya Perbanyakkan diri untuk bertaubat Di harapkan artikel doa dipermudahkan bersalin ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada semua terutamanya kepada ibu-ibu yang saat ini sedang menunggu hari untuk melahirkan. Semoga tips dan doa yang di senaraikan dapat membantu anda membuat persediaan yang rapi dalam meniti hari-hari sebelum kelahiran si kecil. Ibu dan ayah sentiasalah berganding bahu dengan kudrat dan tanggungjawab dalam memikul amanah membesarkan generasi Muslim yang dapat memakmurkan dunia suatu hari nanti. Lelah kalian saat ini akan menjadi pengukur kepada penerus dan pentadbir agama Islam pada masa akan datang. Bacaan Doa yang lain Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun TidurDoa Qunut NazilahDoa Naik KenderaanDoa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak PenyakitDoa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka PuasaDoa Meminta JodohDoa Kepada IbubapaDoa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat CerminDoa Ketika HujanDoa Hilangkan GemuruhDoa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi AyubDoa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu DardaDoa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan
Dalam menjalani kehidupan harian adakalanya kita menghadapi saat yang sukar. Sama ada mahu ataupun tidak, waktu yang sukar itu tetap perlu dilalui. Namun begitu, sebagai seorang Muslim, kita boleh memohon doa dipermudahkan urusan. Ada yang nak mohon doa dipermudahkan urusan bersalin, kerja dan juga perniagaan. Bagi yang nak berkahwin, dipermudahkan urusan kahwin. Jika masih belum bertemu jodoh, dipermudahkan urusan jodoh. Apa saja masalah dalam kehidupan, kita boleh memohon doa kepada Tuhan. Untuk itu, kali ini saya kongsikan beberapa doa untuk mudahkan urusan yang elok diamalkan. 1. Doa Nabi Yunus Surah Al-Anbiya’ Ayat 87Doa Nabi Yunus adalah antara doa mudahkan urusan yang popular. Seringkali dipesan oleh ibu bapa untuk dibaca jika kita menjalani sesuatu yang Nabi Yunus ini adalah dari Surah Anbiya’, ayat 87. لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَDoa dipermudahkan urusan rumi La ilahailla anta subhanaka inni kuntu minazoliminMaksud Ayat Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalimDoa ini adalah doa yang tidak putus dibaca Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan nun. Ia merupakan doa yang memohon keampunan dari Allah atas segala dosa yang dilakukan. Selain menunjukkan kepercayaan kepada keagungan Allah. 2. Doa Nabi Musa Surah Taha Ayat 25-28رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِيDoa dipermudahkan urusan rumi Rabbish rohli sodri wa yassirli amri wah lul ukdatam millisani yafqohu qauliMaksud Ayat Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bebaskanlah kekakuan pada lidahku supaya mereka mengerti perkataankuAyat ini adalah doa yang dibaca Nabi Musa ketika nak berhadapan dengan Firaun untuk berdakwah. Untuk itu Nabi Musa berdoa kepada Allah agar dilancarkan lidah ketika berkata-kata.3. Surah Ali Imran Ayat 173حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُDoa dipermudahkan urusan rumi Hasbunallahu wa ni’mal wakilMaksud Ayat Cukup hanya Allah bagi kami dan Dia ialah Maha PelindungAyat ini menunjukkan rasa kebergantungan kepada Allah. Bertawakal kepada Allah, sebaik-baik pelindung. Doa ini Nabi Muhammad baca di hadapan pembawa berita ketika baginda mendapat berita akan diserang. Nabi Ibrahim turut membaca doa ini ketika dilempar ke dalam api. 4. Doa Ashabul Kahfi Surah Al-Kahfi Ayat 10رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًاDoa dipermudahkan urusan rumi Rabbana aatina min ladunka rahmataw wahaiyik lana min amrina rashadaMaksud Ayat Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami iniDoa ini elok dibaca sebelum memulakan sesuatu urusan untuk memohon kepada Tuhan supaya segala urusan berjalan lancar. 5. Surah Al-A’raf Ayat 126رَبَّنَاۤ اَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرًاDoa dipermudahkan urusan rumi Rabbana afghir alaina sobraMaksud Ayat Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kesabaran kepada kamiDoa ini memohon kepada Allah agar diberikan kesabaran dan ketabahan hati ketika menghadapi segala ujian. 6. Surat Al-Insyirah Ayat 5-6فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاDoa dipermudahkan urusan rumi Fainna maal usri yusra. Inna maal usri yusraMaksud Ayat Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan7. Surat Al-Baqarah Ayat 255 Ayat Kursiاللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُDoa dipermudahkan urusan rumi Allahu la ilaha illa Huwal Haiyul Qaiyum, La ta’khuzhuhu sinatun wa la naum, lahu ma fis samawati wa ma fil ard, Man zhal lazhi yashfa’u indahu illa bi-izhnihi, Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai’im min ilmihi illa bima sha’a, Wasi’a kursiyuhus samawati wal ard, wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal Aliyul-AzheemMaksud Ayat Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya; tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar8. Hadis Riwayat Ibnu HibbanAnas bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاًDoa dipermudahkan urusan rumi Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza shi’ta sahlaMaksud Ayat Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan dan Engkau perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinyaAkhir KataDoa dari Al-Quran dan hadis adalah doa yang baik untuk diamalkan dalam kehidupan. Sebagai hamba Allah, mohon doa kepadaNya agar dugaan yang datang dapat kita hadapi dengan tenang dan mudah. Doa dipermudahkan segala urusan ini bukan sahaja dibaca saat kita menghadapi kesusahan. Akan tetapi, sentiasa dibaca setiap hari agar semua urusan harian berjalan lancar. Semoga dengan mengamalkan doa di atas ini dapat membantu memudahkan segala urusan kalian.
10 Doa Dipermudahkan Segala Urusan Yang Boleh Kita Amalkan Doa dipermudahkan urusan elok untuk diamalkan bagi menangani apa jua masalah dan keadaan. Biasalah, sudah namapun manusia maka mana boleh terlepas dari sebarang ujian dari Allah SWT. Ada banyak bacaan doa dipermudahkan urusan yang boleh diamalkan supaya Allah permudahkan urusan kita. Ada doa yang panjang dan ada juga doa yang pendek. Doa ini boleh juga kita baca selalu sebagai zikir permudahkan urusan. Firman Allah swt, أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ Maksudnya, “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” Surah al-Ankabut, Ayat 2 Doa Dipermudahkan Urusan, Boleh Baca Untuk Pelbagai Urusan Baik Sesungguhnya, doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana itu kita digalakkan untuk baca doa dimudahkan urusan ini dalam keadaan susah mahupun senang. Jika dalam keadaan susah boleh berdoa semoga Allah SWT permudahkan urusan dan di kala senang pula boleh berdoa sebagai tanda kesyukuran kerana Allah SWT telah permudahkan segala urusan yanga ada. Walaupun ada banyak doa permudahkan urusan, semua doa permudah urusan ini boleh saja digunakan dalam apa jua keadaan. Terpulanglah nak amalkan doa yang mana. Yang penting, ketika berdoa untuk dipermudahkan urusan ini, doa tersebut hendaklah di baca dengan penuh rasa ikhlas dan bersungguh-sungguh di dalam hati. Bacalah dengan lidah dan yakinlah dengan hati. Di sini adakan dikongsikan 10 doa dipermudahkan urusan yang boleh kita amalkan. Doa-doa yang akan dikongsikan di bawah ini boleh juga digunakan dalam pelbagai tujuan urusan sebagai doa dipermudahkan segala urusan dan rezeki dao dipermudahkan segala urusan dan hajat doa dipermudahkan urusan dan kesihatan doa dipermudahkan urusan orang sakit doa dipermudahkan urusan bersalin doa dipermudahkan urusan pembedahan doa dipermudahkan urusan belajar doa dipermudahkan urusan peperiksaan doa dipermudahkan urusan sahabat dan sebagainya 10 Himpunan Doa Dipermudahkan Segala Urusan Untuk Kita Amalkan 1 Surat Al-Kahfi, Ayat 10 Doa Ashabul Khafi رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” 2 Surat Taha, Ayat 25-28 Doa Nabi Musa AS رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.” 3 Surat Al-Baqarah, Ayat 286 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ Maksudnya, “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” 4 Surat Al-Anbiya, Ayat 87 Doa Nabi Yunus لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ Maksudnya, “…Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” 5 Surat Al-Baqarah, Ayat 255 Ayat Kursi اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya; tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” 6 Surat Al-A’raf, Ayat 89 رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ Maksudnya, “…Ya Tuhan, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan haq adil. Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” 7 Surat At-Tahrim, Ayat 8 رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Maksudnya, “…Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” 8 Surat Al-Insyirah, Ayat 5-6 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Maksudnya, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” 9 Hadis Riwayat Ibnu Hibban Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Nabi saw bersabda, اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً Maksudnya, “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan kesulitan, jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.” 10 Hadis Riwayat Muslim اَللَّـهُـَّم أَصْلِحْ لِي دِينِي الّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ Maksudnya, “Ya Allah mohon kebaikan pada urusan agamaku kerana itu adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku kerana itu tempat hidupku. Aku mohon kebaikan pada urusan akhiratku kerana itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirehat bagiku dari segala keburukan.” 4 Doa Dipermudahkan Urusan Dalam Rumi 1 - "Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau sulitkan" 2 - “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan kesulitan, jika engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah” 3 - “Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka bisa mengerti perkataanku” 4 - “Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisimu, dan sempurnakanlah bagi kam petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini” Zikir Untuk Dipermudahkan Urusan Terdapat juga zikir dipermudahkan urusan yang boleh diamalkan. Antara zikir tersebut adalah Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil aliyyil adhiim”, artinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar” Hari Selasa baca “Allaahuma shalli alaa sayyidina Muhammad wa alaa aalihi wa shahbihi wasallim”, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.” Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”. Hari Khamis baca “Subhaanallahil aliyyil adhimi wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.” Hari Jumaat baca “Ya Allah “ Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.” Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri. Sebagai seorang muslim kita kena yakin akan pertolongan dari Allah SWT. Jika kita ingat padaNya, InshaAllah segala urusan akan dipermudahkan. Seelok-eloknya doalah dengan penuh rasa rendah diri dengan disertakan rasa kesungguhan serta keikhlasan ketika mengucapkannya. Doa adalah ibadat dan berdoalah pada bila-bila masa yang dikehendaki. Itulah serba sedikit perkongsikan mengenai doa dipermudahkan urusan apabila menghadapi masalah. Semoga ianya dapat membantu memudahkan urusan kita semua dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini, aamiin. Credits info bermanfaat dengan mudah di telegramJemput join Sis Hawa Dot Com Info Ibu Hamil Info Resepi
doa dipermudahkan bersalin rumi